MULUT tersenyum namun MATA menahan tangis
MATA tak mampu menipu dan mula menitiskan air mata
…namun MULUT cuba tuk terus tersenyum menutupi kesedihan MATA…
HATI mula terasa pedih dan terluka
AKAL berfikir, kenapa MULUT tak mahu bersuara tentang apa yang dirasai
oleh HATI?...
Lantas MULUT menjawab, “aku malu, sedih, kecewa dan marah disebabkan itu, aku merahsiakan kesedihan ini dan aku juga tidak mahu mereka disekelilingku bersedih disebabkan kata-kataku ini dan lantas itu aku hanya mahu tersenyum….”
Akhirnya AKAL pun tahu jawapan kenapa MULUT tak nak mereka tahu kesedihannya…
HATI terkejut apabila mendapat tahu kenapa MULUT tersenyum…
MATA pula, terus menangis tak henti-henti kerana tak dapat menahan kesedihan yang ditanggung selama ini…
Bersabarlah duhai hati yang tengah bersedih